Klorokuin dan hidroksiklorokuin semasa pandemik COVID-19

Klorokuin dan hidroksikolorkuin ialah ubat anti-malaria yang dapat digunakan untuk menentang beberapa penyakit autoimun.[1] Kedua-dua persenyawaan ini digunakan sebagai rawatan yang diuji untuk COVID-19 yang pada akhirnya gagal.[2] Klorokuin dan hidroksiklorokuin didapati tidak berkesan untuk mencegah jangkitan.[3][4]Meskipun ubat itu tidak melalui ujian klinikal, beberapa negara awalnya menggunakan klorokuin atau hidroksiklorokuin untuk merawat orang yang dirawat di hospital akibat COVID-19 (setakat Mac 2020).[5][6] Dari April sehingga Jun 2020, terdapat autorisasi kegunaan darurat untuk penggunaan ubat ini di Amerika Syarikat.[7] Pada 24 April 2020, FDA mengeluarkan peringatan agar tidak menggunakan ubat ini untuk COVID-19 "di luar peraturan hospital atau ujian klinikal" kerana terdapat risiko "masalah denyutan jantung".[8]Ubat ini ditarik balik dari penggunaannya sebagai rawatan untuk jangkitan COVID-19. Hal ini dilakukan kerana ubat ini terbukti tidak bermanfaat bagi pesakit dengan penyakit COVID-19 dalam Ujian Solidariti antarabangsa dan Pemulihan Percubaan dari England.[9] Pada 15 Jun, FDA menarik balik kebenaram penggunaan daruratnya, menyatakan bahawa mereka tidak lagi "percaya" bahawa ubat itu berkesam menentang COVID-19 atau bahawa manfaatnya melebihi "risiko yang diketahui dan berpotensi".[10]

Rujukan

WikiPedia: Klorokuin dan hidroksiklorokuin semasa pandemik COVID-19 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32350928 //doi.org/10.1016%2Fj.cmi.2021.01.013 //doi.org/10.1096%2Ffj.202000919 https://www.bbc.com/news/51980731 https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-06-17... https://www.drugs.com/monograph/hydroxychloroquine... https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/hcp/ther... https://www.fda.gov/drugs/drug-safety-and-availabi... https://www.fda.gov/media/136534/download https://www.fda.gov/media/138946/download